Syirik kepada Allah ialah dosa besar. Syirik merupakan kezaliman pada diri yang besar. Maka, kita sebagai hamba Allah wajib beriman kepadaNya dan menjauhkan perbuatakan syirik misalnya riak seorang pelajar setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
sudut aktiviti : bincangkan contoh-contoh syirik dan seterusnya membuat pengajaran tentangnya dengan bimbingan guru. Kemudian sediakan dalam bentuk peta minda yang cantik dan kreatif secara berkumpulan.
Oleh itu, sebagai murid kita haruslah memperbanyakkan doa untuk mencapai kejayaan dalam hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat kerana Allah maha mendengar.
Rumusannya, kita mestilah membuktikan keimanan kepada Allah yang maha mendengar dengan sentiasa menjaga pertuturan dan bisikan yang terlintas dalam hati.
sudut aktiviti : Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan seterusnya bincangkan tentang kisah Nabi Yunus dalam perut ikan dan perihal Allah menerima doanya.
Allah bersifat maha melihat
Kesimpulannya, kita wajib beriman bahawa Allah maha melihat tiap-tiap sesuatu yang jelas dan tersembunyi. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati pada setiap tyingkah laku kita untuk menjauhi kemurkaan Allah.
Sudut aktiviti : Buat senarai semak amalan kebaikan kepada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan yang akan kamu lakukan. Kemudian, bentangkan laporan amalan pada minggu berikut. Aktiviti ini akan membantu murid istiqamah untuk melakukan amalan kebaikan.
Allah bersifat maha berkata-kata
Rumusannya, kalam Allah tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran manusia. Kita wajib beriman dengan sifat kalam Allah dan mentaati perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.
Sudut Aktiviti : hafal dalil naqli dan dalil aqli berkaitan Allah bersifat Kalam
Bukti Allah maha berkata-kata.
kisah dialog Nabi Musa dengan Allah
sudut aktiviti : anjurkan pertandingan bercerita tentang kisah nabi musa berdialog dengan Allah.
kita wajib percaya dengan perkara samiyyat. kita tidak mampu melihat perkara sam'iyyat ini melalui pancaindera manusia.
sudut aktiviti : hasilkan sebuah nasyid yang bertajuk ' yakini sam'iyyat ' dekan menggunakan irama yang bersesuaian kemudian persembahkannya di perhimpunan sekolah.