Rabu, 15 Ogos 2018

Sirah tahun 6

kewafatan nabi muhammad SAW


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=a9eZNBjzd8A&t=54s

Sumber: https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf


Usamah bin zaid telah dilantik sebagai ketua angkatan tentera pada usia muda. Beliau dipilih kerana ketaqwaan dan keistimewaan yang dimiliki olehnya. Namun ketika mereka berangkat ke medan perang, mereka mendapat berita bahawa baginda sakit dan semakin hari, baginda semakin lemah.[{Rasulullah SAW sakit pada akhir bulan safar selama 13 hari (ada dikatakan 7 hari)]


Pada hari isnin, 12 rabiulawal tahun ke-11 hijrah, baginda telah wafat di pangkuan isteri baginda iaitu saidatina aishah binti abu bakar.


Setelah berita tentang kematian baginda tersebar, para sahabat berasa sangat sedih sehingga ada di kalangan sahabat yang tidak dapat merima berita kematian baginda tersebut. Sahabat yang paling sukar mempercayai berita kematian baginda adalah saidina umar. Selain itu, saidina abu bakar juga terkejut apabila manerima berita kematian baginda sehingga beliau sendiri bergegas ke rumah baginda untuk mengesahkan kematian baginda.





Antara iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa ini ialah:

  1.  Kita mestilah meyakini bahawa Allah bersifat kekal, tiada permulaan dan tiada penghujung. Manakala kehidupan manusia hanyalah sementara sahaja.
  2. Nabi sangat sayang akan umatnya dan nabi juga berpesan kepada umatnya agar sentiasa menjaga solat, memperbanyakkan selawat ke atas nabi serta mengamalkan sunnahnya.
  3. Kita hendaklah menjadi sahabat yang baik, nasihat- menasihati dan sedia membantu kawan dalam perkara kebaikan.
  4. Peristiwa ini menunjukkan bahawa nilai kehebatan seseorang itu disisi Allah dan rasul adalah pada imannya dan bukan pada harta serta usia.


AKTIVITI
  1.  Nabi Muhammad SAW berpesan agar kita memelihara solat. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan kamu terhadap rakan yang selalu meninggalkan dan melewatkan solat? Anda dikehendaki memberitahu rakan anda tentang faedah solat dan keburukan meninggalkan solat dengan terperinci

Hujjatul Wada'

حجة الوداع


Sumber: https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf


Peristiwa hujjatul wada' ini juga turut diceritakan di dalam Al-quran dalam surah Al- Maidah ayat 5.






Antara nilai yang boleh kita peroleh adalah berpegang teguhlah kepada al-quran dan as-sunnah. Selain itu, Peristiwa ini juga mengajar kita cara- cara melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.



AKTIVITI
1. Bincangkan bersama rakan- rakan anda mengenai cara -cara untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, jiran dan rakan anda

Perkembangan islam selepas pembukaan kota Makkah


PERKEMBANGAN ISLAM SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MEKAH


Sumber: https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf




Berdasarkan strategi yang telah disusun oleh Rasulullah SAW ini, ia menunjukkan bahawa pentingnya kita berusaha untuk menyampaikan kebenaran serta menyebarkan agama islam itu sendiri.
Berkat kesabaran  dan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah, kini agama islam sudah berkembang luas dan tersebar ke seluruh dunia.



AKTIVITI

Berdasarkan tajuk perkembangan islam yang telah dipelajari ini, anda diminta menyenaraikan kepentingan ilmu dalam kehidupan dan adab yang mesti diamalkan ketika menuntut ilmu bersama rakan- rakan anda. Kemudian bentangkan di hadapan kelas.

Pembukaan kota Makkah


PEMBUKAAN KOTA MEKAH




Sumber: https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf






Peristiwa pembukaan kota mekah juga dikenali sebagai fathul Makkah.
Peristiwa ini berlaku disebabkan pencabulan Musyrikin Quraish terhadap perjnajian hudaibiyah yang dipersetujui pada tahun ke-6 hijrah.




Peristiwa pembukaan kota Makkah ini berlaku dalam keadaan aman .






AKTIVITI
1. Berdasarkan apa yang anda telah pelajari, Senaraikan strategi dan perancangan nabi Muhammad SAW dalam peristiwa pembukaan kota Makkah. Kemudian, berikan kesan daripada strategi dan perancangan tersebut.

Perjanjian Hudaibiyah

PERJANJIAN HUDAIBIYAH



Sumber: https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf





  • Mimpi rasulullah SAW ini adalah benar dan telah diceritakan dalam Al- Quran ayat ke-27, surah Al-Fath.






Sebab mengapa saidina usman dipilih sebagai wakil bagi pihak rasulullah SAW..





Antara isi perjanjian hudaibiyah yang dipersetujui oleh nabi Muhammad SAW dam musyrikin quraish serta kesannya terhadap kaum muslimin. Walaupun dikatakan isi perjanjian ini berat sebelah kepada musyrikin quraish tetapi nabi Muhammad SAW tetap menerima disebabkan keyakinan nabi kepada Allah SWT.

 Kebijaksanaan nabi Muhammad SAW telah memberikan kebaikan kepada umat islam serta membuktikan bahawa islam adalah agama yang cintakan perdamaian. Kesannya, ajaran agama islam telah  tersebar dan berkembang sehingga berlakunya permulaan kepada pembukaan kota Mekah.



SUDUT AKTIVITI

1. Anda dikehendaki membentuk suatu kumpulan dan bincangkan isi perjanjian hudaibiyah serta terangkan kesannya terhadap perkembangan syiar islam.
2. Berdasarkan gambar di bawah, Nyatakan tindakan yang perlu anda lakukan lakukan apabila berhadapan dengan situasi tersebut.