Syirik kepada Allah ialah dosa besar. Syirik merupakan kezaliman pada diri yang besar. Maka, kita sebagai hamba Allah wajib beriman kepadaNya dan menjauhkan perbuatakan syirik misalnya riak seorang pelajar setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
sudut aktiviti : bincangkan contoh-contoh syirik dan seterusnya membuat pengajaran tentangnya dengan bimbingan guru. Kemudian sediakan dalam bentuk peta minda yang cantik dan kreatif secara berkumpulan.
Oleh itu, sebagai murid kita haruslah memperbanyakkan doa untuk mencapai kejayaan dalam hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat kerana Allah maha mendengar.
Rumusannya, kita mestilah membuktikan keimanan kepada Allah yang maha mendengar dengan sentiasa menjaga pertuturan dan bisikan yang terlintas dalam hati.
sudut aktiviti : Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan seterusnya bincangkan tentang kisah Nabi Yunus dalam perut ikan dan perihal Allah menerima doanya.
Allah bersifat maha melihat
Kesimpulannya, kita wajib beriman bahawa Allah maha melihat tiap-tiap sesuatu yang jelas dan tersembunyi. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati pada setiap tyingkah laku kita untuk menjauhi kemurkaan Allah.
Sudut aktiviti : Buat senarai semak amalan kebaikan kepada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan yang akan kamu lakukan. Kemudian, bentangkan laporan amalan pada minggu berikut. Aktiviti ini akan membantu murid istiqamah untuk melakukan amalan kebaikan.
Allah bersifat maha berkata-kata
Rumusannya, kalam Allah tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran manusia. Kita wajib beriman dengan sifat kalam Allah dan mentaati perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.
Sudut Aktiviti : hafal dalil naqli dan dalil aqli berkaitan Allah bersifat Kalam
Bukti Allah maha berkata-kata.
kisah dialog Nabi Musa dengan Allah
sudut aktiviti : anjurkan pertandingan bercerita tentang kisah nabi musa berdialog dengan Allah.
kita wajib percaya dengan perkara samiyyat. kita tidak mampu melihat perkara sam'iyyat ini melalui pancaindera manusia.
sudut aktiviti : hasilkan sebuah nasyid yang bertajuk ' yakini sam'iyyat ' dekan menggunakan irama yang bersesuaian kemudian persembahkannya di perhimpunan sekolah.
Usamah bin zaid telah dilantik sebagai ketua angkatan tentera pada usia muda. Beliau dipilih kerana ketaqwaan dan keistimewaan yang dimiliki olehnya. Namun ketika mereka berangkat ke medan perang, mereka mendapat berita bahawa baginda sakit dan semakin hari, baginda semakin lemah.[{Rasulullah SAW sakit pada akhir bulan safar selama 13 hari (ada dikatakan 7 hari)]
Pada hari isnin, 12 rabiulawal tahun ke-11 hijrah, baginda telah wafat di pangkuan isteri baginda iaitu saidatina aishah binti abu bakar.
Setelah berita tentang kematian baginda tersebar, para sahabat berasa sangat sedih sehingga ada di kalangan sahabat yang tidak dapat merima berita kematian baginda tersebut. Sahabat yang paling sukar mempercayai berita kematian baginda adalah saidina umar. Selain itu, saidina abu bakar juga terkejut apabila manerima berita kematian baginda sehingga beliau sendiri bergegas ke rumah baginda untuk mengesahkan kematian baginda.
Antara iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa ini ialah:
Kita mestilah meyakini bahawa Allah bersifat kekal, tiada permulaan dan tiada penghujung. Manakala kehidupan manusia hanyalah sementara sahaja.
Nabi sangat sayang akan umatnya dan nabi juga berpesan kepada umatnya agar sentiasa menjaga solat, memperbanyakkan selawat ke atas nabi serta mengamalkan sunnahnya.
Kita hendaklah menjadi sahabat yang baik, nasihat- menasihati dan sedia membantu kawan dalam perkara kebaikan.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa nilai kehebatan seseorang itu disisi Allah dan rasul adalah pada imannya dan bukan pada harta serta usia.
AKTIVITI
Nabi Muhammad SAW berpesan agar kita memelihara solat. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan kamu terhadap rakan yang selalu meninggalkan dan melewatkan solat? Anda dikehendaki memberitahu rakan anda tentang faedah solat dan keburukan meninggalkan solat dengan terperinci
Peristiwa hujjatul wada' ini juga turut diceritakan di dalam Al-quran dalam surah Al- Maidah ayat 5.
Antara nilai yang boleh kita peroleh adalah berpegang teguhlah kepada al-quran dan as-sunnah. Selain itu, Peristiwa ini juga mengajar kita cara- cara melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.
AKTIVITI
1. Bincangkan bersama rakan- rakan anda mengenai cara -cara untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, jiran dan rakan anda
Berdasarkan strategi yang telah disusun oleh Rasulullah SAW ini, ia menunjukkan bahawa pentingnya kita berusaha untuk menyampaikan kebenaran serta menyebarkan agama islam itu sendiri.
Berkat kesabaran dan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah, kini agama islam sudah berkembang luas dan tersebar ke seluruh dunia.
AKTIVITI
Berdasarkan tajuk perkembangan islam yang telah dipelajari ini, anda diminta menyenaraikan kepentingan ilmu dalam kehidupan dan adab yang mesti diamalkan ketika menuntut ilmu bersama rakan- rakan anda. Kemudian bentangkan di hadapan kelas.