Rabu, 15 Ogos 2018

kewafatan nabi muhammad SAW


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=a9eZNBjzd8A&t=54s

Sumber: https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf


Usamah bin zaid telah dilantik sebagai ketua angkatan tentera pada usia muda. Beliau dipilih kerana ketaqwaan dan keistimewaan yang dimiliki olehnya. Namun ketika mereka berangkat ke medan perang, mereka mendapat berita bahawa baginda sakit dan semakin hari, baginda semakin lemah.[{Rasulullah SAW sakit pada akhir bulan safar selama 13 hari (ada dikatakan 7 hari)]


Pada hari isnin, 12 rabiulawal tahun ke-11 hijrah, baginda telah wafat di pangkuan isteri baginda iaitu saidatina aishah binti abu bakar.


Setelah berita tentang kematian baginda tersebar, para sahabat berasa sangat sedih sehingga ada di kalangan sahabat yang tidak dapat merima berita kematian baginda tersebut. Sahabat yang paling sukar mempercayai berita kematian baginda adalah saidina umar. Selain itu, saidina abu bakar juga terkejut apabila manerima berita kematian baginda sehingga beliau sendiri bergegas ke rumah baginda untuk mengesahkan kematian baginda.





Antara iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa ini ialah:

  1.  Kita mestilah meyakini bahawa Allah bersifat kekal, tiada permulaan dan tiada penghujung. Manakala kehidupan manusia hanyalah sementara sahaja.
  2. Nabi sangat sayang akan umatnya dan nabi juga berpesan kepada umatnya agar sentiasa menjaga solat, memperbanyakkan selawat ke atas nabi serta mengamalkan sunnahnya.
  3. Kita hendaklah menjadi sahabat yang baik, nasihat- menasihati dan sedia membantu kawan dalam perkara kebaikan.
  4. Peristiwa ini menunjukkan bahawa nilai kehebatan seseorang itu disisi Allah dan rasul adalah pada imannya dan bukan pada harta serta usia.


AKTIVITI
  1.  Nabi Muhammad SAW berpesan agar kita memelihara solat. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan kamu terhadap rakan yang selalu meninggalkan dan melewatkan solat? Anda dikehendaki memberitahu rakan anda tentang faedah solat dan keburukan meninggalkan solat dengan terperinci

Tiada ulasan:

Catat Ulasan