Khamis, 16 Ogos 2018

jauhi syirik

DSKP PENDIDIKAN TAHUN 6


syirik kepada Allah

 

Syirik kepada Allah ialah dosa besar.  Syirik merupakan kezaliman pada diri yang besar. Maka, kita sebagai hamba Allah wajib beriman kepadaNya dan menjauhkan perbuatakan syirik misalnya riak seorang pelajar setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 

sudut aktiviti : bincangkan contoh-contoh syirik dan seterusnya membuat pengajaran tentangnya dengan bimbingan guru. Kemudian sediakan dalam bentuk peta minda yang cantik dan kreatif secara berkumpulan.  

Akidah tahun 6

a

rujukan akidah tahun 6


rujukan tambahan

 https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf

Asma' Ulhusna




Nama Allah : Al-Hasib


Rumusannya, kita wajib beriman dengan nama Allah Al-Hasib, dengan cara berhati-hati pada setiap perbuatan kita dan menjadi manusia yang bersyukur. 

Nama Allah : Zul Jalali wal Ikram

Banyak tanda di dunia seperti gambar pada slide di atas yang menunjukkan kesempurnaan dan kemuliaan Allah yang tidak ada tandingannya. 

nilai-nilai yang kita dapati setelah menghayati maksud nama-nama Allah
- sentiasa bersifat tawaduk
- dapat menghayati keagungan Allah
- menghargai masa dengan melalukan kebaikan



 sudut aktiviti : nyanyikan dan fahami asmaul Husna beramai ramai sambil melihat video ini.

Sifat-sifat Allah


DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 


Allah bersifat maha mendengar


Oleh itu, sebagai murid kita haruslah memperbanyakkan doa untuk mencapai kejayaan dalam hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat kerana Allah maha mendengar.


Rumusannya, kita mestilah membuktikan keimanan kepada Allah yang maha mendengar dengan sentiasa menjaga pertuturan dan bisikan yang terlintas dalam hati. 

sudut aktiviti : Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan seterusnya bincangkan tentang kisah Nabi Yunus dalam perut ikan dan perihal Allah menerima doanya.


Allah bersifat maha melihat



Kesimpulannya, kita wajib beriman bahawa Allah maha melihat tiap-tiap sesuatu yang jelas dan tersembunyi. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati pada setiap tyingkah laku kita untuk menjauhi kemurkaan Allah.

Sudut aktiviti : Buat senarai semak amalan kebaikan kepada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan    yang akan kamu lakukan. Kemudian, bentangkan laporan amalan pada minggu berikut. Aktiviti ini akan membantu murid istiqamah untuk melakukan amalan kebaikan.  


Allah bersifat maha berkata-kata


Rumusannya, kalam Allah tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran manusia. Kita wajib beriman dengan sifat kalam Allah dan mentaati perintah Allah serta meninggalkan laranganNya. 

Sudut Aktiviti : hafal dalil naqli dan dalil aqli berkaitan Allah bersifat Kalam


Bukti Allah maha berkata-kata. 
kisah dialog Nabi Musa dengan Allah



sudut aktiviti : anjurkan pertandingan bercerita tentang kisah nabi musa berdialog dengan Allah. 

teka silang kata berkaitan bidang akidah tahun 6





soalan merangkumi semua unit di dalam bidang akidah tahun 6




Bincang dan jawab soalan secara berkumpulan dalam masa yang ditetapkan kemudian bentangkan di hadapan kelas.

beriman dengan perkara sam'iyyat

DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6



Beriman dengan perkara samiyyat


kita wajib percaya dengan perkara samiyyat. kita tidak mampu melihat perkara sam'iyyat ini melalui pancaindera manusia. 

sudut aktiviti : hasilkan sebuah nasyid yang bertajuk ' yakini sam'iyyat ' dekan menggunakan irama yang bersesuaian kemudian persembahkannya di perhimpunan sekolah. 



sebagai contoh : 
wahai teman-teman, 
mari bersama-sama, 
beriman dengan sam'iyyat, 
dan meyakininya. 

Rabu, 15 Ogos 2018

Sirah tahun 6

kewafatan nabi muhammad SAW


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=a9eZNBjzd8A&t=54s

Sumber: https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf


Usamah bin zaid telah dilantik sebagai ketua angkatan tentera pada usia muda. Beliau dipilih kerana ketaqwaan dan keistimewaan yang dimiliki olehnya. Namun ketika mereka berangkat ke medan perang, mereka mendapat berita bahawa baginda sakit dan semakin hari, baginda semakin lemah.[{Rasulullah SAW sakit pada akhir bulan safar selama 13 hari (ada dikatakan 7 hari)]


Pada hari isnin, 12 rabiulawal tahun ke-11 hijrah, baginda telah wafat di pangkuan isteri baginda iaitu saidatina aishah binti abu bakar.


Setelah berita tentang kematian baginda tersebar, para sahabat berasa sangat sedih sehingga ada di kalangan sahabat yang tidak dapat merima berita kematian baginda tersebut. Sahabat yang paling sukar mempercayai berita kematian baginda adalah saidina umar. Selain itu, saidina abu bakar juga terkejut apabila manerima berita kematian baginda sehingga beliau sendiri bergegas ke rumah baginda untuk mengesahkan kematian baginda.





Antara iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa ini ialah:

  1.  Kita mestilah meyakini bahawa Allah bersifat kekal, tiada permulaan dan tiada penghujung. Manakala kehidupan manusia hanyalah sementara sahaja.
  2. Nabi sangat sayang akan umatnya dan nabi juga berpesan kepada umatnya agar sentiasa menjaga solat, memperbanyakkan selawat ke atas nabi serta mengamalkan sunnahnya.
  3. Kita hendaklah menjadi sahabat yang baik, nasihat- menasihati dan sedia membantu kawan dalam perkara kebaikan.
  4. Peristiwa ini menunjukkan bahawa nilai kehebatan seseorang itu disisi Allah dan rasul adalah pada imannya dan bukan pada harta serta usia.


AKTIVITI
  1.  Nabi Muhammad SAW berpesan agar kita memelihara solat. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan kamu terhadap rakan yang selalu meninggalkan dan melewatkan solat? Anda dikehendaki memberitahu rakan anda tentang faedah solat dan keburukan meninggalkan solat dengan terperinci

Hujjatul Wada'

حجة الوداع


Sumber: https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf


Peristiwa hujjatul wada' ini juga turut diceritakan di dalam Al-quran dalam surah Al- Maidah ayat 5.






Antara nilai yang boleh kita peroleh adalah berpegang teguhlah kepada al-quran dan as-sunnah. Selain itu, Peristiwa ini juga mengajar kita cara- cara melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.



AKTIVITI
1. Bincangkan bersama rakan- rakan anda mengenai cara -cara untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, jiran dan rakan anda

Perkembangan islam selepas pembukaan kota Makkah


PERKEMBANGAN ISLAM SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MEKAH


Sumber: https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20Tahun%206.pdf




Berdasarkan strategi yang telah disusun oleh Rasulullah SAW ini, ia menunjukkan bahawa pentingnya kita berusaha untuk menyampaikan kebenaran serta menyebarkan agama islam itu sendiri.
Berkat kesabaran  dan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah, kini agama islam sudah berkembang luas dan tersebar ke seluruh dunia.



AKTIVITI

Berdasarkan tajuk perkembangan islam yang telah dipelajari ini, anda diminta menyenaraikan kepentingan ilmu dalam kehidupan dan adab yang mesti diamalkan ketika menuntut ilmu bersama rakan- rakan anda. Kemudian bentangkan di hadapan kelas.